;

Maulidur Rasul



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah
keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sukan Dan Olahraga 2010

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PENJAGA



SKDAZ



Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman yang terletak di Rantau Negeri Sembilan telah mula beroperasi melebihi 100 tahun yang lalu. Berbagai-bagai proses perubahan yang telah berlaku sepanjang penubuhannya. Sekolah ini mula dibina di sekitar tahun 1902 yang berhampiran dengan Bukit Wak Mat dan bersebelahan Jirat Cina Rantau.Pada tahun 1937, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang telah dibina oleh kerajaan yang terletak berhampiran pejabat pos dan balai polis Rantau.

Pada masa itu sekolah ini dikenali sebagai sekolah Melayu Rantau. Tapak sekolah ini kekal sehingga hari ini tetapi telah berlaku banyak perubahan dan pembangunan yang telah dijalankan di sekolah ini sejak ia mula dibina sehingga kini. Pada tahun 1937 juga sebuah bangunan dua tingkat telah dibina oleh kerajaan bagi menampung pelajar-pelajar yang makin bertambah dari tahun ke tahun. Disamping itu juga empat buah rumah guru telah dibina untuk kediaman guru-guru yang mengajar disekolah ini. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Y.A.M Datuk Kelana Makmur yang bertarikh 16 April 1938. Pada tahun 1979 sebuah lagi bangunan tiga tingkat terpaksa dibina bagi menampung pelajar yang kian meningkat disebabkan pertambahan penduduk di sekitar kawasan Pekan Rantau yang mula membangun. Pada masa ini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Rantau untuk beberapa lama sehinggalah nama ini kemudiannya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman bersempena memperingati tokoh Datuk Pusaka Adat yang banyak berjasa di Mukim Rantau.Sekolah ini mempunyai hampir 450 pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk melayu, cina dan india.

Pelajar-pelajar ini merupakan penduduk yang bermastautin di sekitar kawasan. Kawasan penempatan di kawasan Rantau makin berkembang dengan pertambahan penduduk dari tahun ke tahun dan ini menyebabkan bilangan pelajar juga kian meningkat.Sekolah ini mempunyai guru seramai 36 orang dan nisbah bilangan guru dan pelajar adalah seimbang bagi memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang sewajarnya. Bagi melicinkan pentadbiran sekolah seramai 6 orang staf sokongan turut terlibat untuk memastikan segala urusan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar. Pentadbiran sekolah diterajui oleh Tuan Haji Abdul Halim Bin Abdul Majid yang menyandang jawatan sebagai Guru Besar Sekolah Datuk Akhir Zaman. Beliau turut dibantu oleh tiga orang Guru Penolong Kanan iaitu Pn Hjh Hamidah Bte Alias (GPK1), Puan Hjh Azizah Bt Senin (GPK HEM) dan Puan Nursarah Bt Abdullah (GPK Ko-Kurikulum). Sebagai sebuah sekolah yang tertua dan terulung di Mukim ini, Sekolah Datuk Akhir Zaman telah banyak menabur bakti kepada masyarakat setempat di mana ramai anak didik keluaran sekolah ini telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Maka tidak hairanlah ramai ibu bapa memilih sekolah ini sebagai tempat pendidikan awal untuk anak-anak mereka, memandangkan sekolah ini telah meraih kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik.