Pada masa itu sekolah ini dikenali sebagai sekolah Melayu Rantau. Tapak sekolah ini kekal sehingga hari ini tetapi telah berlaku banyak perubahan dan pembangunan yang telah dijalankan di sekolah ini sejak ia mula dibina sehingga kini. Pada tahun 1937 juga sebuah bangunan dua tingkat telah dibina oleh kerajaan bagi menampung pelajar-pelajar yang makin bertambah dari tahun ke tahun. Disamping itu juga empat buah rumah guru telah dibina untuk kediaman guru-guru yang mengajar disekolah ini. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Y.A.M Datuk Kelana Makmur yang bertarikh 16 April 1938. Pada tahun 1979 sebuah lagi bangunan tiga tingkat terpaksa dibina bagi menampung pelajar yang kian meningkat disebabkan pertambahan penduduk di sekitar kawasan Pekan Rantau yang mula membangun. Pada masa ini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Rantau untuk beberapa lama sehinggalah nama ini kemudiannya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman bersempena memperingati tokoh Datuk Pusaka Adat yang banyak berjasa di Mukim Rantau.Sekolah ini mempunyai hampir 450 pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk melayu, cina dan india.
Pelajar-pelajar ini merupakan penduduk yang bermastautin di sekitar kawasan. Kawasan penempatan di kawasan Rantau makin berkembang dengan pertambahan penduduk dari tahun ke tahun dan ini menyebabkan bilangan pelajar juga kian meningkat.Sekolah ini mempunyai guru seramai 36 orang dan nisbah bilangan guru dan pelajar adalah seimbang bagi memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang sewajarnya. Bagi melicinkan pentadbiran sekolah seramai 6 orang staf sokongan turut terlibat untuk memastikan segala urusan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar. Pentadbiran sekolah diterajui oleh Tuan Haji Abdul Halim Bin Abdul Majid yang menyandang jawatan sebagai Guru Besar Sekolah Datuk Akhir Zaman. Beliau turut dibantu oleh tiga orang Guru Penolong Kanan iaitu Pn Hjh Hamidah Bte Alias (GPK1), Puan Hjh Azizah Bt Senin (GPK HEM) dan Puan Nursarah Bt Abdullah (GPK Ko-Kurikulum). Sebagai sebuah sekolah yang tertua dan terulung di Mukim ini, Sekolah Datuk Akhir Zaman telah banyak menabur bakti kepada masyarakat setempat di mana ramai anak didik keluaran sekolah ini telah berjaya dalam bidang masing-masing.
0 comments:
Post a Comment